How To_Banner.jpg

How-To's

Tulang Belut di Bahagian “V” Leher Baju

Tulang belut adalah sulaman tradisional Melayu yang agak rumit tetapi cantik. Ada beberapa cara menyulam terutamanya di bahagian “V” leher baju tetapi inilah cara yang paling sesuai dan memuaskan bagi saya.

7D8FCE06-2F5E-43CC-BCCF-C8C281544AA5.JPG

Seperti ramai orang lain, saya mula belajar asas sulaman ini dari Ibu saya semasa masih bersekolah lagi. Setelah bertahun menyulam , saya mula ubah caranya sedikit ke cara yang lebih sesuai untuk saya.

Sebagai contoh, Ibu saya mengajar saya untuk menyulam yang bermula dari sudut kiri dan akhiri di sudut kiri juga.

Saya juga bermula menyulam dari sudut kiri leher baju , tetapi ini adalah kerana saya lebih mahir dengan tangan kanan. Jika lebih mahir dengan tangan kiri, memulakan sulaman dari sudut kanan mungkin akan terasa lebih mudah dan selesa.

Cara sulaman saya dibahagi 2.

Saya akhiri bahagian pertama di sebelah potongan leher baju di sudut “V” leher. Bahagian kedua sulaman saya bermula di sudut permulaan (kiri) tadi dan berakhir di “V” leher juga bila kedua-dua belah sulaman leher bertemu.

Ada beberapa sebab mengapa saya memilih cara ini. Tapi bagi saya, yang paling penting adalah;

  1. Bahagian hujung “V” leher baju perlukan lebih tumpuan kerana sudut inilah yang paling senang koyak , pada pendapat saya, dan perlu diperkuatkan.

  2. Saya lebih suka bila sulaman di kiri dan kanan kedua belah potongan leher menghala arahan yang sama dan menghala kebawah . Ini adalah citarasa masing-masing.

Saya merakam video ini kerana terharu menerima beberapa permintaan untuk berkongsi ilmu ini. Saya ucapkan setinggi-tinggi terimakasih dan berharap video ini dapat menolong semua yang ingin belajar sulaman tulang belut di bahagian ‘V” leher baju Melayu atau baju kurung dengan lebih teliti.